Sabtu, 3 Julai 2010

Nasi Lemak

Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan

4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)

2 helai daun pandan
1 inci halia
1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)

Cara memasak

1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak sehingga kering.
5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
6. Ataupun, (cara yang aku suka buat sebab macam ni tak hancur
nasi lemak tu). Ubah nasi ynag belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
7. Hidang kan lah.


b. Nasi Lemak Bertumis

Bahan-bahan sama seperti di atas.

Cara membuat
1. Potong bawang nipis2
2. Potong halia nipis dan halus
3. Panaskan 1 sudu minyak + 1 sudu ghee
4. Tumis bawang dan halia
5. Bila sudah garing masukkan air dan santan, perlahan sikit api, kacau supaya santan tak berketul dan pecah minyak
6.Bila dah mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
7. Masak sampai nasi masak.
Siap dah pun.

c. Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan
udang hidup atau sotong basah)

Bahan-bahan
1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lah sendiri)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan kelapa ( optional)
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat dari stove.
Dah sedia untuk dimakan
Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.

Selamat mencuba.